Wednesday, April 15, 2009

kesian.....

cerita ari ni berkisar tentang apa yg berlaku smlm. lpas je lunch smlm aku n p.a boss turun ke pejabat tadbir awam. ada pembetulan fail meja. x sempat melabuhkan punggung ni, aku terima sms dr bb sitter...suruh call balik ada emergency.

terus berdebar2. rupanya, safia cirit lagi. dah 5 kali katanya.masuk minggu ni dah 3 minggu laa dia duk cirit. terus aku balik...bawak ke emergency ****.

sampai sana, punyala ramai org.tp xpe laa kan. lpas daftar, paramedik trus panggil. doc ckp nak amik darah. aduh..punyalah susah ati aku ni. biasa, baba dia yg pegang kalu nak amik darah ataupun cucuk. aku ni jenis berhati tisu sket...sensitif. tambah2 anak sendiri plak.

lepas tu, (sambung cerita balik)....nurse baringkan safia kt katil, aku lak kena pegang tangan dia.kesian safia...cam org bersalah plak. cucuk skali, terus menangis sekuat hati. mula2 aku tahan lagi. cover...cover...malu kat org nanti.(kataku pada diri sendiri).

tapi aku tgk nurse tu cam tak pndai je...menggigil tangan dia.sampai darah safia terkena kat tilam n baju yg dia pakai. kuat tul dia nangis. adik ipar aku yg kat luar pun dengar sore dia. doc dtg, mrh kat nurse tu..."u pndai x wat keje ni?tangan u pun bengkok...camne nak amik darah?"

airmata aku takyah ckp la...jatuh dah tak tertahan tgk safia menangis smpai x kuar suara.pastu, doc tu sendiri yg buat. baru dapat. ok...dah siap.

so..termenung la aku kat luar tggu result darah n nak jmpa doc lak. lamanya yg amat. mcm2 pesen patient dah aku tgk. ada pakcik tu ckp, klu nak mati dah lama mati. ayo....tp mmg btol pun.

pastu no.giliran safia di panggil.doc ckp, tada ape yg perlu dibimbangkan krana safia still cergas lagi (walaupun cirit dh 3 minggu). doc ckp safia kna masuk wad pgawasan dulu smntara dok pakar kanak2 turun. makin laa aku risau. masuk le wad....dalam 2 jam, pakar pun turun. dia check la dak safia ni. dia kata safia ok...cuma cirit dia akan makan masa yg panjang. panjang??? dah 3 minggu ni...nak tambah brapa minggu lagi (tanya aku smbil menggaru kepala yg xgatal ni). mngkin dalam 1 minggu lagi katanya.

hmm...xpelah kalu camtu. so safia leh discaj la.balik umah, yak lagi. aku nak tgk dlm masa smnggu lagi camne. kalu tak ok lagi aku bawa balik ke sana.

smoga cepat sembuh anakku. bonda akan sentiasa sabar dan berdoa smoga safia sentiasa sihat. ketahuilah...safia tak pernah pun sekali menyusahkan bonda.

Tuesday, April 14, 2009

sukanya dia...

amboi...sukanya dia.tgk la tu, sampai nampak gusi. nak tau nape?? haaa.... baju yg dia pakai tu, aku baru je beli smlm.balik cuba pakaikan...size M tapi besar. bila pakaikan,muat la plak.hmm dah besar anak bonda ni. baju ni aku beli kat tesco...brand baby kiko.murah je...sebab tu beli (hehehe).asyik2 safia je dpt baju baru, bonda safia lama dah tak shopping. baru je nak beli baju bonda, berkenan plak baju safia. takpela... nanti lpas ni bonda shopping bonda punya plak.

lagi dua minggu, safia kena tukar pengasuh baru plak. kesian dia. pengasuh skrg ni nak balik kg coz husband dia pegi Misi ke Lubnan....biasala, bini askar ni susah.tp nak wat camne kan?pengasuh baru ni satu blok n same floor nga aku. dia dah ngasuh 4 org, campur safia kira 5 org la. dlm ati ni tak nak pikir yg bukan2. kalu tak, tak keje la aku duk pikir anak kat tangan pengasuh.

Ya Allah, semoga Safia sentiasa berada di bawah rahmat dan jagaan Mu walau dimana pun dia berada. Amin.

Monday, April 13, 2009

susu oh susu

haiii....pening bila pikirkan pasal susu ni.cirit safia lum baik lg. kalu dikira kira dah masuk 3 minggu la. risau gak aku. smlm pi jmpa doc kt klinik MEDIVIRON. nama doc tu, dr kamaliah...sweet je orgnya.pastu pandai lak tu amik ati patient...(sbb dia puji safia cute...hehehe). doc suggest safia tukar susu yg tanpa laktosa punya. khuatir usus dia luka sbab dah lama sgt cirit. so...aku nga cik abg terus survey. lupa nak ckp, doc suggest susu isomil eye q advance. mahal rupanya susu tu, tp beli jelah....nak wat camnekan. aku nak tengok dalam sehari dua ni ada perkembangan tak cirit dia tuh. kesian dia...sampai merah2 dah bontot. tiap kali cirit mesti menangis bagai nak rak. kesian anak bonda. smoga safia cepat sembuh ye sayang...

Thursday, April 9, 2009

sayang bonda



safia ni suka sangat wat muka gini kalu amik gambo. byk gmbar yg aku amik, tp xsempat lg nak upload. cepatnya masa berlalu kan...pejam celik dah masuk 7 bulan safia dilahirkan. rasa cam tak percaya, dapat gak aku jadi bonda kepada seorang anak yang diamanahkan oleh Allah. tiada apa yang dapat aku bagi kepada anak ini melainkan kasih sayang dan seluruh cinta aku kepadanya. tak sabar menunggu safia panggil aku 'bonda'. tak dapat panggil penuh...''nda'' pun jadilah. hehehe. buat kenalan yg follow ni maaflah jika kekadang je saya 'post'.jika berkesempatan saya akan lebih kerap mengaktifkan blog ini. salam sayang buat semua. maaf juga krna xdpt reply comments yg masuk. terima kasih di atas keprihatinan anda menjenguk blog yg tak berapa nak sudah ni. heheheh...assalamualaikum.

Wednesday, April 8, 2009

lama sudahh....

assalamualaikum.ntah macam mana nak memulakan bicara yg sudah lama tidak di endahkan ni. tahun 2009 ini merupakan tahun yg menguji kehidupan kami sekeluarga. berat safia dah semakin ok dari susut sejak keluar wad. utk pengetahuan sesiapa yg terbaca blog ini, safia baru sahaja keluar dari wad pediatrik di hukm kerana demam panas.dgn suhu 39c, anak aku dianggap bertuah kerana tidak mendapat'fit'. alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. berada dlm wad bersama safia byk membuka mata aku. betapa ramai lg baby yg mdapat pyakit yg bermacam2.smpaikan aku terpaksa menutup telinga, xtahan mendengar tangisan anak kecil yg kesakitan di cucuk sana sini. kesian...tapi apakan daya!di satu sudut aku terpandang sekumpulan bayi....rupa2nya, anak2 jagaan rumah kebajikan tengku budriah yang sakit. mereka yg tidak bersalah terkontang kanting tanpa perhatian ibu ayah.apa salah mereka????teringatkan anak tersayang...apa akan terjadi jika aku juga tiada di sisi???? Ya Allah, hanya engkau yang Maha Mengerti dan Mengetahui.

Tuesday, February 3, 2009

salam semua...


gambar terbaru baby safia. comel jer...kecik2 dah pandai posing ye cayang. balik kg aritu, sume duk pakat pertikai safia ikut muka sape. pegi kg abang, depa cakap ikut muka abg. pi kg aku, depa ckp ikut muka aku time kecik2 dulu. ntahlaaa.
lama gak laa aku balik bercuti ari tu...duit pun abis banyak. biasalaa. kesian tok ma safia, menangis-nangis bila kami nak kembali ke kl...sayang cucu la katakan.
sabarlaa tokma...bulan 3 ni tokma kan nak datang jumpa safia lagi.

Thursday, January 22, 2009


baby safia damia kesayangan bonda dan baba. lahir pada 24 sept 2009. awal sebulan dari due. semoga puteri bonda menjadi wanita solehah...